Sekarang ini begitu banyak binatang aneh yang mematikan yang
sebelumnya tidak diketahui. Mungkin itu hanya sebuah prolog dari apa yang
disebutkan sebagai salah satu tanda kiamat. Salah satunya adalah Dabatul Ard.
Apakah Dabatul Ard itu???
” Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka ,kami akan
mengeluarkan seekor binatang melata dari bumi yg akan mengatakan kepada
mereka bahawa sesungguhnya manusia sudah tidak yakin kepada ayat-ayat
kami “( An Naml : 82)
Maksud hadis rasulallah s.a.w
” Sesungguhnya tanda -tanda kiamat pertama yg akan terjadi adalah
terbitnya matahari dari tempat terbenamnya dan keluarnya seekor binatang
kepada manusia pada waktu dhuha ,yg mana-mana diantara hal ini akan
terjadi lebih dahulu ,maka keduanya akan berlaku pada jangka waktu yg
dekat “
Marilah kita kenali serba sedikit binatang Allah s.w.t ini berdasarkan maksud hadis rasulallah s.a.w .
” Rasulallah s.a.w telah bersabda “binatang bumi itu akan keluar
dengan membawa tongkat Nabi Musa dan cincin Nabi Sulaiman ,maka ia akan
membuat kekang di hidung orang kafir dengan tongkat dan akan membuat
wajah orang mu’min terang dengan cincin itu , sehingga dengan demikian
apabila telah berkumpul beberapa orang yg makan di suatu meja hidangan
,maka salah seorang dari mereka akan berkata “makanlah wahai orang
mu’min dan makanlah wahai orang kafir”
Ciri-ciri DABATUL ARD
1. Seekor haiwan yg mempunyai bulu yg panjang dan juga bulu yg pendek ( roma )
2. Seekor binatang yg sangat besar dikatakan semasa ia keluar drp
sarangnya dengan kelajuan sepantas kuda yg berlari . setelah 3 hari
Dabatul Ard baru dapat mengeluarkan 1/3 drp badannya .
3. Mampu berkata-kata dengan manusia dengan pelbagai bahasa manusia di dlm dunia ini
4. Sebelah tangan kiri nya memegang tongkat Nabi Musa dan disebelah tangan kanannya pula memakai cincin Nabi Sulaiman.
5.Keluar dari kawasan di antara bukit Sofa dan Marwa
Misi dan tujuan.
- Berbicara kepada manusia bahawa ” sesungguhnya manusia sudah tidak yakin dengan ayat-ayat Allah” .
- Membuat tanda di wajah orang Mu’min menjadi cerah dan wajah orang kafir menjadi gelap.
- Tidak menakutkan manusia tetapi ia akan menjerit /memekik di
kawasan Makam Ibrahim dan Hajaratul Aswad sambil menebar-nebarkan tanah
di atas kepalanya kemudian ia menghadap timur dan memekik kemudian
menghadap ke barat dan memekik .Suaranya itu melampaui segala penjuru yg
-menyebabkan manusia bertempiaran lari . Dalam keadaan yg sama orang
mu’min sudah mengetahui bahawa yg bersuara keras itu adalah Dabatul Ard
bintang Allah dan mereka tetap di tempat mereka dan tidak mengalami
sebarang ketakutan.
- Dabatul Ard akan keluar selepas Ya’juj dan Ma’juj mati akibat virus
yg di utuskan oleh Allah kepada mereka .Dabatul Ard akan keluar selepas
sahaja terbitnya matahari seperti biasa iaitu pada waktu dhuha setelah
matahari itu terbit sebelah barat . Dabatul Ard akan keluar semasa bumi
pulih daripada bencana Ya’juj dan Ma’juj .
Home »
MAKHLUK MISTERIUS
,
SISI RELIGI
» Dabatul Ardh binatang akhir zaman membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman
Dabatul Ardh binatang akhir zaman membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman
Written By resthi wul@nd@ri on Rabu, 22 Agustus 2012 | 01.08
Label:
MAKHLUK MISTERIUS,
SISI RELIGI
0 komentar:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !